Wednesday 30 March 2016

INILAH JEDDAH, ARAB SAUDI










Antara gambar yang diperolehi daripada Hateem.


Kami sertakan beberapa pemandangan indah yang boleh dinikmati di Jeddah, Arab Saudi . Gambar diambil dari internet.










IDENTITI BUDAYA (BAHAGAIAN 2)

PERAYAAN

Oleh kerana Hateem merupakan orang Islam, dia menyatakan bahawa perayaan yang disambut oleh orang Arab sama seperti orang Islam yang lain iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Dia tidak mengetahui dengan lebih mendalam tentang perayaan agama lain di Arab Saudi.


MAKANAN DAN MINUMAN

Makanan tempatan bagi orang Arab ialah nasi kabsah dan nasi mandi. Hateem juga menyatakan bahawa nasi kabsah dan nasi mandi sangat mudah untuk didapati di mana-mana di dalam Malaysia termasuklah di kafeteria sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.

*Nasi Kabsah 

*Nasi Mandi

Manakala, minuman yang menjadi kegemaran orang Arab ialah teh merah, teh pudina panas dan teh adani. Teh adani ialah teh yang diperisakan dengan kayu manis ataupun buah pelaga. Kemudian, mereka lebih gemar meminum air panas berbanding air sejuk.




PAKAIAN

Pakaian yang dipakai oleh orang lelaki Arab ialah seperti yang sering dilihat iaitu jubah dan serban. Tetapi di Arab Saudi, mereka memanggilnya sebagai thoub untuk jubah dan gutra untuk serban.

        *Thoub @ Jubah                                                                *Gutra @ Serban        
             

Manakala, pakaian wanita Arab pula ialah Abaya atau jubah. Kebiasaannya mereka memilih untuk memakai abaya yang berwarna hitam.




IDENTITI BUDAYA (BAHAGIAN 1)

CIRI FIZIKAL

Seperti yang dapat kita lihat, ciri fizikal orang Arab kebanyakannya bersaiz besar dan tinggi, berhidung mancung, warna anak mata yang cantik, berkulit cerah dan mempunyai rambut yang berwarna hitam pekat.

Hateem sendiri membenarkan kenyataan di atas bahawa saiz badan orang Arab memang lebih besar berbanding orang Melayu. Namun begitu, terdapat juga orang Arab yang bersaiz normal seperti kita.

NILAI-NILAI DAN KECENDERUNGAN EMOSI

Antara nilai yang kami dapat senaraikan berdasarkan cerita Hateem ialah:-
    1. Nama ahli keluarga perempuan tidak boleh disebut ketika berbual kerana bagi mereka sangat penting untuk menjaga maruah keluarga mereka dengan memelihara nama ibu mereka.
    2. Menurut Hateem,orang Arab sangat murah hati. Contohnya, mereka gemar untuk memberi sedekah kepada sesiapa sahaja termasuklah orang asing yang datang ke negara mereka.
    3. Orang Arab sangat memntingkan masa dan terburu-buru.Tidak seperti orang Melayu yang sering berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, orang Arab sering berjalan dengan pantas untuk kemana-mana.
    4. Orang Arab ini merupakan golongan yang suka bercakap dengan kelantangan yang tinggi dan kasar, namun itu bukan tanda mereka sedang marah tetapi itulah cara percakapan mereka. Manakala orang Melayu pula menyesuaikan kelantangan suara itu dengan keadaan dan emosi.
    5. Orang Arab juga suka bercakap terus terang dan berbeza dengan orang Melayu yang suka berlapis-lapis apabila bercakap. Contohnya, mereka akan mengutuk secara terang-terangan jika seseorang melakukan kesalahan walaupun hanya sebesar zarah. Tidak seperti orang Melayu yang masih mempunyai sifat belas kasihan.
    6. Hateem turut menyatakan bahawa bahasa badan bagi orang Arab dan orang Melayu tidak jauh beza.
    7. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di Arab Saudi tidak lain dan tidak bukan ialah bahasa Arab.


*video di atas mengambarkan salah satu daripada identiti orang Arab. 

هاي حاتم محمد


Asalamualaikum.
Hai!

Nama                 : Hateem Muhammad
Umur                 : 23 tahun
Negara asal       : Arab Saudi.
Tempat tinggal  : Jeddah.
Tempat belajar  : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Jurusan              : Kejuruteraan









Tuesday 29 March 2016

Seuntai Kata Untuk Dirasa

*sekadar tambahan :)
MEMURNI JANJI


Kudus lahir insan nan aneka 
menyantun diri sama sebati
berganding azam mengisi cita
membentuk bangsa kukuh dan murni.

Suburnya bumi indah abadi 
khazanah alam rezeki bangsa 
tangan dan peluh perkukuh diri 
cipta negara waja merdeka. 

Landas hidup rakyat nan bersatu 
atas bumi nan subur rezeki 
sesama diri cekal berpadu 
meluhur jiwa memurni janji. 

Bangsa yang kasih bumi warisnya 
menyubur benih jiwa bermaruah.

(Puisi Datuk A. Samad Said)